Ahad, 18 Disember 2011

Sahabat Sejati


Assalamualaikum.w.b.t.. Salam perjuangan.. Salam 1 Islam..

Lama sudah hamba tidak berkongsi sesuatu yg bermanfaat utk tatapan tuan2 sekalian.. Malam ini, hamba ada terbaca mengenai 1 tajuk yg agak menarik, iaitu mengenai SAHABAT SEJATI.. sudi2 lah membaca dan jika tuan2 rasa ianya bermakna, maka di izinkan tuan2 utk klik pd butang KONGSI.. Ilmu kalau di bahagikan akan jd selebar lautan, sebaliknya jika di simpan akan jadi sesempit kuku..

Sahabat merupakan anugerah Allah kpd kita sebagai insan yang menumpang di bumi ini buat seketika.

Kita perlu mengetahui bahawa tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda. "Seseorang itu menurut agama (jalan) kekasihnya, maka oleh sebab itu hendaklah kamu meneliti orang yang di gaulinya".

Oleh hal yang demikian sahabat yang hendak di pilih mestilah memiliki keistimewaan sifat-sifat yang baik dan di senangi utk dijadikan sahabat. Pada dasarnya sifat2 itu ialah akal yg baik, berbudi pekerti, buka termasuk golongan org yg fasik dan buka pula seorang yg sgt tamak dalam perkara-perkara dunia.

Dalam pada hamba meneruskan bacaan, hamba teringat pula 1 pesanan dari Alqamah kepada anak lelakinya.

Alqamah pernah mewasiatkan kepada anak lelakinya yang berbunyi :

"Wahai anakku ! Jikalau engkau berasa perlu utk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat2 ini, iaitu jikalau engkau melayaninya, dia suka melindungimu, jikalau engkau bersahabat dengannya, dia merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dlm keadaan kekurangan nafkah, dia mencukupi keperluan mu. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu utk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau dia melihat kebaikan dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sedang jikalau dia mengetahui keburukan dari dirimu, dia menutupinya. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia beri, jikalau engkau diam, dia menyapamu dahulu dan jikalau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia membantu dan meringankan serta menghiburmu. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata-kata, dia membenarkan ucapanmu dan selalu mempercayainya, jikalau engkau menghadapi sesuatu masalah yang berat, dia membantu mu menghadapinya, dan jikalau engkau berselisih faham dengannya, dia mengalah demi kepentingan mu."

Sekadar renungan kita bersama utk kita fikir-fikirkan, adakah kita selama ini layak menjadi sahabat kpd org lain?

Adakah kita menjadi seperti apa yang Alqamah menasihati anaknya dalam memilih sahabat?

Semoga apa yang hamba kongsikan ini dapat membuka minda kita mengenai perkara-perkara sebegini.. Semoga tuan2 semua berada dalam rahmat Allah senantiasa..

Selamat Beramal.. Syukran Kathira...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan