Jumaat, 20 Ogos 2010

Remaja & Al-Quran

TAJUK : REMAJA DAN AL-QURAN


1.0 pendahuluan

Dari perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman, antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Pada peringkat usia remaja, berlaku perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. Untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja.

Bagi remaja yang bersedia dengan kehadiran masalah dan sanggup menerimanya dengan hati terbuka, mereka berjaya menerima perubahanperubahan itu sekalipun kadang kala pahit baginya. Tetapi bagi sesetengah remaja pula, tidak berupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudah perubahan tersebut, lalu menunjukkan gangguan psikologi pada dirinya. Keadaan ini boleh menimbulkan ketegangan dan tekanan kepada emosi remaja. Akibat dari tekanan yang dialami, remaja mungkin menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan dan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, lumba haram dan dadah bagi melepaskan rasa tertekan.

Dari perspektif dakwah, remaja yang mengalami tekanan emosi terdedah dengan masalah mental sekiranya permasalahan ini tidak ditangani lebih awal. Golongan remaja ini merupakan golongan yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh diabaikan dalam usaha dakwah. Namun begitu, untuk mendapatkan keberkesanan dakwah, pendakwah perlu membuat kajian bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh remaja dan faktor-faktor yang menjadi punca kepada permasalahan tersebut.

Di samping itu, pendakwah perlu memahami perkembangan psikologi remaja supaya dakwah yang disampaikan memberi kesan jauh ke dalam diri golongan ini. Untuk mendapatkan dakwah yang berkesan, pendekatan yang digunakan juga haruslah bersesuaian dan menarik minat kepada golongan ini. Oleh itu, dari perspektif dakwah kajian ini melihat dari tiga sudut iaitu mengenalpasti dan memahami permasalahan sasaran dakwah (mad’u) iaitu golongan remaja, pendekatan dakwah (manhaj dakwah) yang sesuai untuk remaja yang mengalami tekanan emosi dan sudut pendakwah (da’i), iaitu bagaimana pendakwah boleh membantu remaja untuk menangani tekanan emosi.


2.0 Gejala sosial

Masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah yang melanda masyarakat dan negara semakin meruncing. Gejala sosial sudah cukup meluas dalam masyarakat kita terutama Melayu Islam. Ia semacam gergasi yang cukup menakutkan; boleh menyergah sesiapa sahaja; boleh memporak-perandakan masyarakat.Pelajar dan remaja merupakan punca gejala sosial. Mereka membuat segala yang jahat. Ia menjadi bahan perbincangan hangat masyarakat, pemimpin, akhbar dan pelbagai media elektronik mutakhir ini.

Masalah sosial ini sebenarnya sudah lama melanda masyarakat dan negara tetapi tahapnya semakin membimbangkan dan meruncing. Kebimbangan ini kerana kejahatan yang dilakukan agak luar biasa dan menakutkan.

Andainya masalah sosial ini diumpamakan nyalaan api, unggun atau bara api itu ialah hati yang kotor. Kita tidak akan dapat memadamkan api jika air dicurahkan kepada nyalaannya, bukan pada pangkal api. Begitulah dengan masalah sosial yang merebak di dalam negara hari ini, akan dapat ditangani hanya dengan mengubati akibat-akibatnya. Tetapi mesti dimulai dengan mengubati puncanya, yakni mengubati hati manusia di samping pihak berkuasa perlu kembali kepada ajaran Allah S.W.T.

Hiburan yang pelbagai ragam, menyeronokkan, keadaan lingkungan yang tidak selesa, pembangunan yang dijalankan di negara ini menampakkan keganasan dan tidak seimbang mempengaruhi jiwa mereka. Pelbagai sebab yang menjadi punca rakusnya gejala sosial hari ini. Untuk menangani gejala ini, kita bukan sahaja harus memahami rentetan sebab-sebab ini malah harus berani mencari jalan penyelesaiannya.

Jangan ada di kalangan kita hari ini menganggapkan gejala kegawatan sosial ini adalah versi baru untuk manusia, sepatutnya ambillah pengajaran dari kisah Kaum Nabi Lut a.s. dibenamkan ke Laut Mati kerana perlakuan seks sumbang, kaum Aad, Thamud dan kaum Nabi Nuh a.s. dengan bala akibat kemungkaran masing-masing. Kini era internet, televisyen, video lucah, media cetak dan sebagainya menjadi hidangan generasi muda tetapi kita mengharapkan jalan pulang ditemui dengan syarat kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Alaf baru ini golongan pelajar dan remaja mencabar dengan pelbagai masalah di dalam negara, kepincangan dasar semakin menyerlah kononnya negara mampu merealisasikan matlamat wawasan 2020 tetapi tidak mendidik rakyat ke arah kebaikan. Gambaran keruntuhan moral di kalangan ahli masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah, muda-mudi hari ini di semua peringkat menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah, keganasan rumahtangga, pembakaran sekolah, masalah HIV atau AIDS semakin meningkat.

Cuba kita meneliti perangkaan yang dikeluarkan oleh Timbalan Polis Negara pada 16 September 1996 dalam Utusan Melayu jelasnya: Pada tahun 1994 sebanyak 75,976 kes jenayah berlaku di seluruh negara, sebanyak 1,618 kes (21.3 peratus) melibatkan juvana. Tahun 1995 sebanyak 81,211 kes jenayah berlaku daripada jumlah itu 1,895 kes (23.3 peratsus) melibatkan juvana. Manakala pada tahun 1996 hingga Jun sebanyak 41,218 kes jenayah yang berlaku, dari jumlah itu 996 kes (2.3 peratus) melibatkan juvana.

Gambaran di atas menunjukkan dari jumlah penduduk bawah umur 18 tahun seramai 1 juta 476 ribu 200 orang bagi setiap 912 orang terdapat satu kes melibatkan juvana. Sementara jumlah kes yang melibatkan pelacuran dan maksiat gadis di bawah umur di seluruh negara sebanyak 325 kes tahun 1994, tahun 1995 (505 kes) dan dari Januari hingga Jun 1996 (204 kes). Kes penagihan dadah pula sebanyak 1,826 kes tahun 1996, tahun 1995 (1,979 kes) dan dari Januari hingga Jun 1996 (505 kes) .

Masalah sosial ini bukan lagi "telur sudah di hujung tanduk" sebaliknya semakin parah kerana graf kedudukannya semakin melonjak. Jika tidak ditangani segera, bom jangka akan meletup bila-bila masa. Kepada siapa hendak dipersalahkan? Bayangkanlah, bagaimana ibu bapa, guru dan sebagainya hendak mengawal keadaan jika berpuluh-puluh saluran televisyen di negara ini bukan bersifat mendidik. Majoritinya program yang disiarkan adalah ke arah meruntuhkan. Ibu bapa mahupun guru mana yang mampu mendidik anak-anak dan pelajar-pelajar ke arah kebaikan jika persekitaran membiak dengan gejala maksiat yang tidak dibendung.

Adalah tidak ajaib jika masalah penderaan dan penganiayaan ke atas kanak-kanak telah meningkat daripada 511 kes pada tahun 1990 kepada 1,009 kes pada tahun 1996 (tidak termasuk kes Sabah dan Sarawak). Begitu juga dalam kes pembuangan bayi, jika menoleh ke belakang kes-kes pembuangan bayi telah meningkat daripada 36 kes pada tahun 1989 kepada 55 kes pada tahun 1996. Kes rogol di kalangan kanak-kanak meningkat sebanyak 66.4 peratus daripada tahun 1990 hingga 1996. Apatah kes-kes perkosaan seksual yang dilakukan oleh juvana juga turut meningkat.

3.0 Jenayah

Dalam kes sumbang muhrim telah meningkat 72 peratus dilakukan oleh bapa kandung dan bapa tiri. 70 peratus melibatkan kanak-kanak berusia 16 tahun. Jenayah kanak-kanak juga dalam kes juvana antara umur 10 hingga 15 tahun ialah 5,840 bagi tempoh 1993 hingga 1996. Pada tahun 1997 (sehingga Jun) terdapat sebanyak 1939 kes, purata umur penjenayah telah turun daripada 13 tahun kepada 10 tahun.

Masalah yang melibatkan kes-kes remaja sebagai contohnya, jenayah remaja peratusannya semakin tinggi terlibat dalam amalan yang tidak bermoral dan penyalahgunaan dadah. Bilangan kes jenayah yang melibatkan remaja meningkat 66 peratus iaitu 2,080 kes pada tahun 1980 kepada 4,125 kes pada tahun 1996. Manakala bilangan kes juvana yang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa atau penjaga telah meningkat empat kali ganda antara tahun 1970 hingga 1995 (83 kes pada tahun 1970 dan 355 kes pada tahun 1995). Dalam tempoh 1990 hingga 1996, 60 peratus daripada kes kesalahan juvana dilakukan oleh golongan remaja yang berumur antara 16 hingga 18 tahun.

Kes kehamilan remaja juga turut meningkat, kes wanita yang mengandung di luar nikah telah meningkat daripada 83 kes pada tahun 1993 kepada 142 kes pada tahun 1996 dan kes lari dari rumah dari tahun 1990 hingga 1996 sebanyak 26,092 kes orang hilang telah dilaporkan. Manakala kes wanita terjebak dengan pelacuran juga meningkat, 44,642 serbuan telah dilakukan oleh pihak polis ke tempat-tempat yang disyaki bagi tahun 1993 hingga 1996. Di samping itu, masalah sosial pekerja kilang, 21 peratus daripada pekerja kilang pernah melakukan perbuatan sumbang. Merenung masalah sosial ini meruncing adalah penting jalan penyelesaian perlu dicari.

Apa salahnya semua pihak memikir dan meneliti kejayaan pakar jiwa yang tidak ada tolak bandingnya iaitu Rasulullah s.a.w. Baginda bangkit menyelamatkan manusia daripada keruntuhan akhlak. Sabdanya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak". Kita perlu mengenal punca keruntuhan akhlak dan mengubati penyakit yang ditemui itu sebaik-baiknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "... Bila satu kaum melakukan penzinaan secara terang-terangan mereka akan diserang oleh penyakit yang belum dialami oleh nenek moyang mereka. Bila mereka mengurangi timbangan (menipu dalam perniagaan) mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak atasan. Bila mereka enggan membayar zakat, mereka akan terhalang oleh hujan dari langit dan kalau tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternak, tidaklah akan diturunkan hujan. Bila mereka melanggar janji Allah dan Rasulnya, maka mereka akan dijajah oleh musuh dari bangsa lain yang akan merampas sebahagian dari harta mereka."

Strategi penyelesaian perlu diambil haruslah berbentuk pelbagai dimensi bagi merangkumi pelbagai aspek. Kegawatan isu sosial masa kini meminta kepada perlunya satu pelan tindakan sosial yang mantap dan padu yang dapat didokongi oleh semua pihak. Semua pihak perlu bertanggungjawab merungkai dan menyelesaikan kegawatan berlaku sekalipun masalah ini sudah di peringkat yang agak kritikal.

4.0 Langkah mengatasinya

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membantu menangani masalah ini. Fungsi yang harus dilakukan oleh guru di sekolah bukan sahaja terbatas di dalam bilik darjah, malahan mereka menjadi teman kepada pelajar dengan khidmat nasihat dan bimbingan yang berterusan. Ibu bapa haruslah mengambil berat anak-anak, jika di sekolah pelajar dibimbing dengan baik tetapi di rumah sikap ibu bapa yang tidak menjadi contoh dan tidak mengambil berat hal pelajaran dan kehidupan anak-anak. Maka berlaku anak-anak tidak hormat dan tidak mendengar kata dan nasihat ibu bapa.

Pendidikan di rumah haruslah bermula dengan teladan yang baik. Kemudian diikuti dengan mengambil masa bertanyakan hal-hal pelajaran, masalah-masalah yang dihadapi dan sebagainya. Ibu bapa perlu memberi curahan kasih sayang yang tidak semestinya dalam bentuk kebendaan tetapi pentingnya dalam aspek didikan dan nasihat agama.

Masyarakat setempat juga sepatutnya sama-sama bertanggungjawab. Kita perlu ada budaya tegur-menegur dan menjaga tepi kain orang di dalam usaha membendung sikap remaja yang berkelakuan sumbang. Islam sendiri mengambil sikap ingat mengingat sesama Islam. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Zaariyat ayat 55 yang bermaksud: "Dan peringatkan kerana sesungguhnya ingat mengingati itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin".

Kerajaan juga memainkanm peranan yang amat penting di dalam membendung gejala sosial hari ini kerana pemerintah bertanggungjawab kepada rakyatnya, suami bertanggungjawab kepada ahli keluarganya dan begitulah seterusnya. Kita tidak mahu umpama satu pihak yang cintakan Islam membangunkan akhlak dan moral sementara pihak kerajaan menjalankan program yang meruntuhkan akhlak dan moral generasi hari ini. Jika masalah yang berlaku hari ini tidak diambil hirau oleh pemerintah, lambat laun, generasi muda-mudi kita akan turut hancur.

Jangan ada dalam kalangan kita hari ini menganggapkan gejala kegawatan sosial ini adalah versi baru untuk manusia, sepatutnya ambillah pengajaran dari kisah Kaum Nabi Lut a.s. dibenamkan ke Laut Mati kerana perlakuan seks sumbang, kaum Aad, Thamud dan kaum Nabi Nuh a.s. dengan bala akibat kemungkaran masing-masing. Kini era internet, televisyen, video lucah, media cetak dan sebagainya menjadi hidangan generasi muda tetapi kita mengharapkan jalan pulang ditemui dengan syarat kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah.


5.0 Penutup

AL-QURAN sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada umat Islam. Layanan itu bukan hanya membabitkan cara mengambil, meletak dan membacanya, malah yang lebih ialah kandungannya dan menghayati suruhan dan menjauhi larangannya. Menurut Ibnu Qayyim, suasana inilah yang melonjakkan generasi terdahulu ke paras tertinggi dalam indeks kecemerlangan. Kecemerlangan yang digapai bukan dalam satu bidang tertentu, malah pelbagai bidang. Dukacita generasi ini sudah lama meninggalkan kita. Walaupun mereka tiada lagi, sejarah mereka tetap utuh, bahkan masih segar jika dipelajari. Mereka membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama, malah menjadikan sebagai panduan cara kehidupan, membabitkan kesempurnaan fardu ain dan fardu kifayah.

Cuba lihat apabila mereka baca ayat al-Quran mengenai aurat, mereka bukan berlumba-lumba membeli kain di gedung untuk menutup aurat tetapi mereka berfikir lebih jauh dari itu, iaitu mereka berfikir cara untuk mencipta pakaian, membina kilang pakaian serta merancang untuk menguasai pasaran pakaian dan fesyen. Begitu juga apabila mereka membaca ayat mengenai kebersihan, mereka bukan saja membersihkan najis tetapi mencari idea untuk meneroka teknologi, malah menceburi dalam import eksport barang terbabit.

Di sebalik kepintaran itu, mereka adalah generasi berakhlak tinggi. Begitulah al-Quran memberikan inspirasi berfikir dan berzikir. Sewajarnya remaja mencontohi kecemerlangan itu, mendekati al-Quran untuk mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi. Caranya dengan membaca al-Quran, selalu mendengar bacaan ayat suci al-Quran, memahami kandungan, menjadikannya sebagai penawar mujarab menyelesaikan masalah sosial dan seterusnya menjadikan ia sumber hukum.

Masalah remaja bermula apabila kita mengambil sikap memulaukan al-Quran, iaitu tidak membacanya. Jika dulu, waktu Maghrib kedengaran bacaan al-Quran, sayup-sayup dari rumah tetapi kini yang kedengaran di televisyen dan radio. Jika dibaca pun banyak kesalahannya, tidak cuba memahami apa yang dibaca, tidak menjadikannya sebagai panduan untuk merawat penyakit masyarakat dan kemanusiaan. Jika ada pun dijadikan untuk hantaran perkahwinan.

Ketika empayar Rom dan Parsi jatuh ke tangan orang Islam, pemimpin Rom berbicara sesama sendiri dengan penuh kekaguman mengenai tentera Islam. Antara komen mereka ialah orang Islam suka bersolat pada malam hari dan berpuasa pada siang hari, menepati janji, menyeru orang melakukan kebaikan, melarang daripada kejahatan dan membahagikan harta rampasan perang sama banyak antara mereka.

Umat Islam berada di zon kecemerlangan kerana ditempa dan dibentuk al-Quran. Melihatkan kepada suasana semasa nampak sangat kita berada di satu lembah dan al-Quran berada di tempat lain. Prestasi makin jauh dari al-Quran ini akan mencetuskan seribu satu macam onar dalam masyarakat. Kepada remaja, dengarlah al-Quran, selalulah membaca, cuba fahami isinya, akan datang penghayatan dan akhirnya terserlahlah al-Quran dalam bentuk tindakan, lalu berulang kembali generasi al-Quran.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BAGI SET PENGAJARAN 1

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BAGI SET PENGAJARAN 1

Tingkatan : 1 Bestari

Bil. Pelajar : 25 orang

Tarikh : 16 Mac 2010

Masa : 7.30 – 8.30 pagi (60 minit)

Mata Pelajaran :

Tajuk : Kekemasan diri.

Sub Tajuk : Mandi

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran pelajar dapat:

1. Memahami istilah mandi yang sebenarnya.

2. Mempraktikkan amalan di rumah.

3. Mandi dengan bersih setiap hari.

4. Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang cara mandi yang betul.

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran :

i. Set induksi : Tayangan klip vedio.

ii. Aktiviti : Penerangan – soal jawab – perbincangan – penilaian

iii. Penutup : merumuskan isi kandungan pengajaran

Nilai : Bersyukur, menghargai, kerjasama

Refleksi :

CONTOH PELAKSANAAN RANCANGAN PENGAJARAN 1

Objektif

Aktiviti

Guru

Aktiviti

Murid

Bahan/ Nilai

Set induksi

(5 minit)

Menarik minat murid terhadap pengajaran

Guru menayangkan video tentang tubuh badan orang yang mandi secara tidak bersih

Murid memberikan tumpuan kepada video yang ditayangkan

Komputer, LCD

Aktiviti 1

Pengertian mandi (10 minit)

Murid memahami pengertian mandi

1. Meminta murid membentuk 5 kumpulan.

2. Guru bertanya kepada beberapa orang murid akibat daripada mandi secara tidak bersih.

3. Guru mempastikan bahawa jawapan murid adalah tepat bahawa mandi secara tidak bersih akan menyebabkan timbulnya penyakit.

1. murid bergerak membentuk kumpulan.

2. Murid menjawab soalan dengan betul dengan menulisnya di white board.

3. Murid memahami pengertian mandi dengan baik.

Aktiviti 2:

Pengertian mandi

(10m)

Murid memahami pengertian mandi dalam aspek kebersihan diri

Aktiviti 3:

Berus badan

(10m)

1. Murid memahami konsep memberus badan

2. Murid menunjukkan cara-cara melakukannya

1. Guru menerangkan tentang cara-cara berus badan dengan cara yang betul.

2. Guru menggunakan alat bantu mengajar bagi meningkatkan pemahaman murid.

1. Murid memberikan perhatian kepada penerangan guru.

2. Murid dapat memahami apa yang di ajar oleh guru.

Aktiviti 4:

Sabun badan

(10m)

1. Murid tahu cara menyabun badan dengan betul dan baik

2. Murid boleh menunjukkan cara dengan betul

1. Guru menunjukkan cara menyabun dengan betul.

2. Guru menggunakan kad gambar untuk menunjukkan kawasan yang perlu di sabun.

3. Guru bertanya kepada pelajar cara menyabun dengan betul.

4. Guru menunjukkan contoh sabun yang baik untuk digunakan.

1. Muri memberi perhatian.

2. Murid menjawab soalan guru dengan betul.

Aktiviti 5:

Berus celah kuku dan jari

(10m)

1. Murid mengetahui apa itu celah kuku dan jari.

2. Murid turut mengikut demo yang dilakukan oleh guru.

1. Guru menunjukkan demo berkaitan cara memberus di celah kuku dan jari.

2. Guru menggunakan berus dan sabun.

Aktiviti 6:

Penilaian

(10m)

Murid boleh menjawab soalan-soalan tentang pengertian mandi & cara mandi yang betul.

Penutup

(5m)

Murid boleh membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari tentang pengertian mandi & cara mandi dengan btul.

Refleksi: Dilengkapkan setelah selesai proses pengajaran & pembelajaran.