Jumaat, 21 Januari 2011

coretan suram

Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian.
teman atau sahabat atau kawan-kawan adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan orang-orang yang rapat dengan kita selain daripada keluarga. terdapat pelbagai jenis kawan-kawan yang ada di sekitar kita. ada yang berkawan dengan kita demi mencapai sesuatu matlamatnya. ada juga yang berkawan demi mengisikekosongan hidup. ada juga yang berkawan sejati dan tiada niat serong disebaliknya. namun begitu, sangat sukar untuk menilai seorang teman jujur yang berkawan dengan diri kita.. fikir-fikirkan dan renung-renungkan/.//.

Khamis, 6 Januari 2011

Titipan keinsafan


Assalamulaiakum w.t..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak solih yang mendoakan nya. (Hadis Riwayat Muslim)

Tanggal 3 Januari 2011 (isnin) sesi pengajian d seluruh IPTA/IPTS telah bermula. Saya juga tidak terkecuali. Dalam sedar tak sedar kini sya telah pun berada dalam semester yang kelima. Namun perjalanan masih jauh yang perlu saya teruskan. Perjuangan meneruskan pengajian, perjuangan dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dan banyak lagi perjuangan.

Dalam banyak-banyak perjuangan yang saya tempuhi, terdapat satu yang merunsingkan fikiran saya, iaitu ambang kematian, saat kematian yang pasti akan menjelma cuma saya tidak tahu masa dan ketika. Perjuangan dalam melawan hawa nafsu yang sentiasa menghalang saya dari melakuakn sesuatu yang baik dan di redahi Allah.

sedarkah anda bahawa Allah s.w.t berfirman dalam Al-quran, "tiap-tiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati". bersediakan anda untuk menghadapinya? bersediakah saya untuk menghadapinya? sukar untuk di gambarkan perasaan ini.

Syurga itu pasti. Neraka itu pasti. manakah satu arah tujuan kita? arah tujuan saya? Neraka kah? Syurga kah? itu semua bergantung kepada amalan-amalan kita semua. Jika baik amalan kita, maka baiklah balasan kita.

Setiap detik sentiasa berlalu. Masa sentiasa beredar, tp saya masih di takuk lama, tiada peningkatan dalam beribadah, adakah sya menunggu segala nikmat yang Allah berikan di tarik balik? masa itu barulah teringin untuk melakukan ketaatan kepada Allah, dalam erti kata lain insaf di atas segala yang berlaku. Namun sejauhmanakah kita insaf? itu bergantunglah pada diri kita. Allah itu maha mengetahui.

Semoga semester kali ini saya dan pembaca blog saya ini mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t untuk terus melakukan ibadah kepada Allah. Teruskan perjuangan dalam menentang hawa nafsu, teruskan pencarian, kerana ilmu Allah tiada batasan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Sekadar ini dulu coretan saya ada kali ini.


Jazakumullah ha khairan kathira..