Jumaat, 20 Ogos 2010

Bingkisan rasa

Dalam sebuah kehidupan, kita sememangnya perlu belajar untuk tidak bergangtung kepada orang lain. melainkan keadaan yang memaksa, kerana org lain belum tentu mampu menolong kita sebagaimana kita menolong mereka. semasa melayari arus peredaran kehidupan, kita mestilah menjadi kuat, kerana yang lemah itu biasanya akan mudah tumpas dek kesusahan yang menjadi cabaran. kita juga perlu ingat, bahawa setiap manusia yang di ciptakan tidak sama, berbeza hatinya, berbeza jiwanya dan berbeza nalurinya. kesemua elemen ini amat perlu kita titipkan ke dalam minda utk menjadikan diri kita berwaspada dengan segolongan manusia seperti ini. kerana manusia seperti ini lah yang pasang surutnya amat sukar di ramal. tatkala ia pasang ia akan menenggelami segala isi di sisinya, tatkala ia surut ia akan menampakan segala macam isi di sisinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan