Ahad, 20 Julai 2014

23 Ramadhan 2014M ~ Cubaan Menulis


Assalamualaikum w.b.t 
Salam Perjuangan, Salam Perpaduan & Salam Satu Islam
 
 Dah lama agaknya tak UPDATE blog yang serba serbi kekurangan ini..


Agak sibuk dengan urusan kerja..


Malah Semasa Menulis pada masa ni, Hamba masih bekerja sebagai urusetia Program Pembangunan Pendidikan Insan Ajuran Ketengah. 

Alhamdulillah dan rasa bersyukur sangat kerana dapat dipertemukan dengan warga Ketengah, kerana hasil pertemuan ini saya dapat mengutip pengalam bersama dengan mereka semua..
 
Alhamdulillah juga kerana berjaya melalui 23 hari ramadhan..
Sedar tak sedar ramadhan akan meninggalkan kita.. Kita kini sudah berada di penghujung ramadhan.. 
Sayu rasanya untuk melepaskan ramadhan berlalu...
 
 
Moga antara kita semua dapat meraih sebanyak mungkin kebaikan dengan anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita iaitu nikmat dan kesempatan untuk menjadi tetamu ramadhan tahun 1435H bersamaan 2014M 
 
 
 
Sekian dulu, cubaan menulis saya pada petang ini... Lama tak menulis, tiada idea plak... hehehe...
 
 
salam sayang..
 
 
~Kenang Daku dalam doa Kalian~
 
 
Jazakallah...  

Sabtu, 7 Januari 2012

Suara hati 2012


Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhwah fillah buat sahabat-sahabat sekalian yang mengenali diri ini..

Sedar tak sedar kita semua telah berada di tahun baru 2012. Mulah kita mula menyemai azam tahun baru, azam tahun lepas macam mana? dah tertunai ka? hehe... ada juga yang sibuk berkata-kata tahun ni nak buat ini, nak buat itu, tp gerak kerja tetap berada di tangkuk lama... hehe.. tak tercapai la macam tu yaa...

Apa-apa pun sebelum terlambat saya ingin ucapkan selamat tahun baru kepada smua rakyat malaysia.. Moga2 tahun ini membawa pelbagai makna dalam kehidupan kita..

Alhamdulillah tahun 2011 telah berlalu dengan sempurna, dengan pelbagai cubaan dan dugaan.. namun semuanya berjaya di harungi dengan baik dan selamat. moga2 hari2 di dalam tahun 2012 ini dapat berlalu dengan baik dan bahagia buat diri kita semua.

Entry kali ini sy ingin menyentuh mengenai kehidupan sy selama berada di bumi ilmu Tanjong Malim ni.. Bermacam2 dugaan dan ujian dilalui dalam mengharungi hidup di sini.. ada terasa dengan kawan, ada teremosi dan bermacam lagi lah. x muat jika nak diceritakan..

Tahun 2012 adalah tahun terakhir sy berada di sini. tak lama lagi sy akan menamatkan pengajian dan meninggalkan bumi Tanjong Malim ini dengan 1000 kenangan yang bakal mencuit hati dan perasaan.

Sepanjang berada di sini pelbagai ragam dan kerenah manusia yang sy jumpa, ya lah kita kan manusia biasa yang tidak maksum, sudah tentu kita xleh lari dari melakukan kesilapan. jadi langkah yang terbaik ialah kita mengakui kesilapan dan cuba untuk memperbaiki kesilapan untuk masa-masa yang mendatang.

Hurmmm... lepas ni sy dah x dpt jumpa kwn2 sy lagi di sini. kerana semuanya akan membawa haluan masing-masing.. huhu... hanya kenangan bersama kalian akan tersemat di hati kecil ini. moga-moga ukhwah kita sepanjang berada di sini akan mendapat keredaan daripada Allah s.w.t.

Sy bersyukur sangat kerana telah dipertemukan dengan seorang kawan yang memahami diri ini, Alhamdulillah Allah s.w.t telah mengirimkan beliau untuk membantu diri ini menuju ke jalan yang diredhai Allah. Segala apa yang beliau berikan untuk saya akan sy jadikan panduan dan semangat untuk meneruskan kehidupan di hari mendatang.

saya pon dah ngantuk, tesis tak siap lagi. nanti entry yang berikutnya akan saya kongsikan ilmu-ilmu yang lebih bermakna untuk tatapan kalian semua. Terimalah serangkap pantun dari sy untuk semua.

Daun selasih, ubi kayu
terima kasih thank you.. hehehe

Jazakallah hu khairan kathira..

massalamah ilalliqak..

Ahad, 18 Disember 2011

Sahabat Sejati


Assalamualaikum.w.b.t.. Salam perjuangan.. Salam 1 Islam..

Lama sudah hamba tidak berkongsi sesuatu yg bermanfaat utk tatapan tuan2 sekalian.. Malam ini, hamba ada terbaca mengenai 1 tajuk yg agak menarik, iaitu mengenai SAHABAT SEJATI.. sudi2 lah membaca dan jika tuan2 rasa ianya bermakna, maka di izinkan tuan2 utk klik pd butang KONGSI.. Ilmu kalau di bahagikan akan jd selebar lautan, sebaliknya jika di simpan akan jadi sesempit kuku..

Sahabat merupakan anugerah Allah kpd kita sebagai insan yang menumpang di bumi ini buat seketika.

Kita perlu mengetahui bahawa tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda. "Seseorang itu menurut agama (jalan) kekasihnya, maka oleh sebab itu hendaklah kamu meneliti orang yang di gaulinya".

Oleh hal yang demikian sahabat yang hendak di pilih mestilah memiliki keistimewaan sifat-sifat yang baik dan di senangi utk dijadikan sahabat. Pada dasarnya sifat2 itu ialah akal yg baik, berbudi pekerti, buka termasuk golongan org yg fasik dan buka pula seorang yg sgt tamak dalam perkara-perkara dunia.

Dalam pada hamba meneruskan bacaan, hamba teringat pula 1 pesanan dari Alqamah kepada anak lelakinya.

Alqamah pernah mewasiatkan kepada anak lelakinya yang berbunyi :

"Wahai anakku ! Jikalau engkau berasa perlu utk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat2 ini, iaitu jikalau engkau melayaninya, dia suka melindungimu, jikalau engkau bersahabat dengannya, dia merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dlm keadaan kekurangan nafkah, dia mencukupi keperluan mu. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu utk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau dia melihat kebaikan dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sedang jikalau dia mengetahui keburukan dari dirimu, dia menutupinya. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia beri, jikalau engkau diam, dia menyapamu dahulu dan jikalau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia membantu dan meringankan serta menghiburmu. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata-kata, dia membenarkan ucapanmu dan selalu mempercayainya, jikalau engkau menghadapi sesuatu masalah yang berat, dia membantu mu menghadapinya, dan jikalau engkau berselisih faham dengannya, dia mengalah demi kepentingan mu."

Sekadar renungan kita bersama utk kita fikir-fikirkan, adakah kita selama ini layak menjadi sahabat kpd org lain?

Adakah kita menjadi seperti apa yang Alqamah menasihati anaknya dalam memilih sahabat?

Semoga apa yang hamba kongsikan ini dapat membuka minda kita mengenai perkara-perkara sebegini.. Semoga tuan2 semua berada dalam rahmat Allah senantiasa..

Selamat Beramal.. Syukran Kathira...

Isnin, 12 Disember 2011

Kenangan Semalam Menjadi Titik Perpecahan Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t
Semoga Kalian Semua berada dalam rahmat Allah sentiasa.

Hari-hari yang di lalui banyak mematangkan kehidupan kita sebagai manusia.
Namun hari-hari yang di lalui banyak memberi kita titis rasa kemanisan, kepahitan,
kesedihan, kegembiraan dan pelbagai lagi.

Walau apa pun yang berlaku kehidupan harus diteruskan.
berjuanglah demi sebuah kehidupan yang akan ditnggalkan.
namun hidup ini harus digunakan dengan sebaiknya supaya kita tidak merasa rugi
kerana ditakdirkan untuk menginap sementara di bumi milik Tuhan Yang Maha Kuasa ini.
sesungguhnya tiap-tiap makhluk itu dijanjikan mati baginya.
iaitu untuk kembali menghadap pencipta Yang Esa.
gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk mencari amal yang berguna supaya kita semua damai di sana, hidup bahagia di alam baqa yang kekal selama-lamanya.

ok. tazkirah sebentar. moga-moga ia bermanfaat.

kembali pada tajuk iaitu kenangan semalam menjadi titik perpecahan hari ini.
cuba bayangkan, hari ini kita berkawan, kita saling sayang menyayang. namun belum tentu esok kita akan berkawan. kerana ada mungkin silap dah salahnya yang membuat kita tidak serasi lagi bersamanya. insan bergelar kawan ini sentiasa berada di sekeliling kita.
namun pernahkah kita berfikir adakah kawan yang kita ada hari ini mampu membawa kita
menuju ke jalan yang diredhai Allah? tepuk dada, tanyalah iman.

ada kawan yang bila bersama kwn perempuannya, kita dibiarkan begitu sahaja.
ada juga kawan yang tatkala bersama kita, sanggup menghabiskan masa bersama
demi menjaga hubungan silaturahim antara sahabat.
ada juga sahabat yang pelik, kadang-kadang dengan kita dia buat susah je,
kita nak tolong dia tak mahu. kita nak bagi tenaga dengan ikhlas dia tak mahu.
kita ikhlas berkawan dengan dia, tp dia tetap anggap kta sbg kawan yang jauh, dan dia selalu menganggap pertolongan kita sebagai satu budi yang perlu di balas.
padahal kita juga sama seperti kawan-kawannya yang lain.
hummm.... kadang-kadang terasa juga dgn sikap sahabat seperti ini.
kadang-kadang rasa tak mahu berkawan dah dengan sahabat seperti ini. ye lah, asyik makan hati je dengan layanan dia. tau lah kita ni x sempurna. namun kita cuba untuk perbaiki ke arah yang lebih baik dan menuju keredhaan Allah.

ye lah kan, macam-macam perjalanan hidup yang di aturkan ini.
seharusnya redhalah yaa... kerana hidup ini sementara. tatkala ajal menjelma,
tiadalah kita buat selam-lamanya. masa tu sahabat semua dah tak berguna. kecuali bebrapa, perkara, ilmu, sedekah jariah, dan amalan, dan anak yang soleh. itulah yang dapat membantu.

kenangan semalam akan di ingati hingga hari ini, kebaikan semalam, belum tentu bertapak di hati, tapi ingat setitik kejahatan yang di buat, akan selamanya bertapak di hati dan berkelumit di bibir gebu tiap insan yang mengetahuinya. beringatlah akan hal itu. huhu..

akhir kata, selamat tinggal sahabat, jika itu dapat membuat mu bahagia.
salam sayang.. salam kerinduan.. salam perkenalan. dan salam penghayatan..

Massalamah wa ilalliqak..






Jumaat, 9 Disember 2011

Suratan kehidupan...

Assalamualaikum.w.t

Smoga Allah merahmati kalian..

lama juga tidak menulis di laman ini... kadang-kadang kekangan masa
yang menjadi halangan untuk menaip di laman ini.. mencari ruang untuk berpuitis di sini. hehe..

mudah-mudahan perkongsian dan penulisan ini mampu memberi
1001 senyuman bagi yang berduka,
1001 kelapangan bagi yang berkesempitan,
&
1001 keceriaan bagi yang bermasalah,

ingat walau beribu kita bermasalah, biarlah ia hanya berada di jiwa kita
kerana itu mungkin akan membuat orang di sekeliling kita bahagia,
namun jika kita menunjukkan permasalahan kita, pasti ada orang di sekeliling kita
turut sama berduka di atas kesusahan kita.

coretan kali ini saya ingin kisarkan mengenai pepatah orang dahulu kala :
kata mereka : "terlajak perahu boleh di undur,
terlajak kata buruk padahnya".

oleh kerana lidah tidak bertulang, gusi tidak sekeras gigi.
maka kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan
&
kekhilafan terhadap sesama insan bermula dari celiknya mata, sehinggalah terpejamnya mata
tatkala malam menjelma.


tetapi sejauhmanakah kita bermuhasabah di atas apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.
setiap kekhilafan yang kita lakukan akan di catit oleh Malaikan Raqit & Atiq
yang tidak pernah lekang dari menulis setiap perbuatan kita di sepanjang hari.


kadang-kadang saya hanya mampu berkata-kata.
menasihati anda semua, menulis untuk di baca dan di nilai di sisi anda,
namun saya juga tidak lekang dari melakukan kesilapan dan kekhilafan terhadap sesama manusia.

namun sebagai manusia saya seharusnya memiliki sifat lembut yang mudah untuk menyesali
di atas segala kekhilafan dan kesilapan yang dilakukan.

hari ini saya telah menyebabkan sahabat yang saya sayangi terguris hatinya
akibat daripada sikap saya yang tidak menjaga lidah yang tidak bertulang ini.
sesungguhnya satu penyesalan timbul dalam diri saya akan perkara ini.

saya tidak dapat melentur lidah ini, kerana hakikatnya ia sememangnya lembut.
saya tidak dapat mengeraskan gusi sebagaimana gigi, kerana gusi diciptakan lembut untuk menjadi tapak kepada gigi, tanpa gusi gigi tidak lekat di tapaknya.

saya hanya mampu melembutkan lidah ini dengan
secebis ungkapan maaf yang lahir tulus dan ikhlas dari hati kecil ini.
saya cuba pastikan bahawa lidah ini tidak mengulangi lagi perbuatan yang sama
untuk masa-masa yang akan datang.

itulah orang kata, "buat berpada-pada, buat jahat jangan sekali".

maafkan aku wahai sahabat. tanpa mu aku tidak mengenali diri ini siapa.
tanpa mu aku terasa dunia ini sepi.
tanpa mu aku merasakan bahawa diri ini sendiri.
namun aku bersykur kerana Allah hadirkan kamu untuk menyedarkan aku
erti sebuah kasih sayang dan erti secebis pesanan dan peringatan
agar aku terus berada di jalan Mu yang benar.

aku juga bisa belajar erti persahabatan yang sejati..

Massalamah wailallliqak.

syukran Jazilan ya akhi wa ukhti..
(jasa mu dikenang)...

Jumaat, 18 November 2011

Mencari Cahaya

Salam semua.. Dah blur dah nak mencoret d blog nih.. huhu...
tapi tetap nak menulis jugak.. hihihi...

Allah berfiman dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu & keluarga kamu dari azab neraka".
hari demi hari kita menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah ini.
dalam pada itu, adakah kita pernah terlintas d benak fikiran kita bahawa kita
tidak akan terlepas dari melakukan dosa?

sukar untuk menghuraikan persoalan ini. tepuk dada, tanyalah iman.
namun sebagai manusia biasa, yang tidak maksum, sudah pasti akan melakukan
dosa terhadap Allah s.w.t yang mencipta kita. namun jalan yang terbaik ialah bagaimana
kita mencari jalan penyelesaian untuk cuba mengelakkan daripada
kita melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa bagi kita.

hidup tanpa landasan agama yang betul, akan menjerumuskan kita
kepada lembah kemurkaan Allah s.w.t.
kadang saya jua menghitung hari yang mendatang.
merenung masa silam dan cuba membentuk masa depan yang lebih baik
dari masa silam. namun begitu, Nabi bersabda " tatkala manusia berada dalam
rahim ibunya, Allah s.w.t memerintahkan malaikat untuk melihat bayi dalam kandungan
dan menuliskan kpd bayi itu, tentang UMURNYA, AJALNYA dan KEHIDUPANNYA samada gembira atau dukacita".
ini semua adalah takdir hidup yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
namun begitu, kita boleh cuba untuk merancang dengan sebaiknya
jalan kehidupan kita.
namun begitu, kita perlu ingat juga bahawa, Allah adalah perancang segalanya.
sebagaimana firmannya dalam surah Al-Imran ayat 54 yang bermaksud
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang.”
Surah Ali Imran ayat 54. jelas menunjukkan bahwa perjalan hidup ini,
adalah ketentuan-Nya. dan rancangan kita yang gagal,
juga adalah kerana ketentuan-Nya yang Maha Mengetahui.

sekian dulu.. jumpa lagi di ENTRY2 yang akan datang. insyaAllah.
mudah-mudahan akan di beri kekuatan dan ketenangan
&
diberi taufik dan hidayanh untuk menuju ke jalan kebenaran
&
jalan yang di redhai-Nya. Aminnn...

Massalamah Wa Ilalliqak..

Khamis, 17 November 2011

Hujan Merindu.

Assalamualaikum.w.t..
salam 1 perjuangan, salam 1 islam.
agak lama saya tidak menulis di blog ini,
mohon berbanyak kemaafan, mungkin kekangan masa yang banyak mencuri ruang untuk saya terus menulis dalam ruangan ini untuk berkongsi ilmu yang boleh dikatakan bermanfaat kepada kita semua. bak kata pepatah "ilmu jika disimpan, akan jadi xberkembang, tp jika di sebar akan jd seluas lautan". hehe.. berfalsampah sikit... kui3,,,

saat ni hujan sedang mencurah jatuh ke bumi, memberi titis-titis kehidupan pada sang hidupan. namun dalam pada itu, ada jiwa-jiwa manusia yang mengungkit-ungkit, "ishhhh... hujan ni, kacau je lah, aku nak p dating pon tak boleh". ishh... lambatnya hujan reda, aku nak pegi jogging ni". manusia sering tidak pernah mengenal erti syukur di atas segala nikmat yang dterima dan dikurniakan kepada mereka. setelah nikmat itu hilang, baru mereka menyesal bergunung-ganang. namun semua tu sudah tidak berguna, hanya ada adalah secebis kenangan.
Allah berkata "Afala Yasykurun" kenapa kamu tidak bersyukur?? fikir2kan. renung2kan. slmt beramal.