Ahad, 20 Julai 2014
23 Ramadhan 2014M ~ Cubaan Menulis
Sabtu, 7 Januari 2012
Suara hati 2012
Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhwah fillah buat sahabat-sahabat sekalian yang mengenali diri ini..
Sedar tak sedar kita semua telah berada di tahun baru 2012. Mulah kita mula menyemai azam tahun baru, azam tahun lepas macam mana? dah tertunai ka? hehe... ada juga yang sibuk berkata-kata tahun ni nak buat ini, nak buat itu, tp gerak kerja tetap berada di tangkuk lama... hehe.. tak tercapai la macam tu yaa...
Apa-apa pun sebelum terlambat saya ingin ucapkan selamat tahun baru kepada smua rakyat malaysia.. Moga2 tahun ini membawa pelbagai makna dalam kehidupan kita..
Alhamdulillah tahun 2011 telah berlalu dengan sempurna, dengan pelbagai cubaan dan dugaan.. namun semuanya berjaya di harungi dengan baik dan selamat. moga2 hari2 di dalam tahun 2012 ini dapat berlalu dengan baik dan bahagia buat diri kita semua.
Entry kali ini sy ingin menyentuh mengenai kehidupan sy selama berada di bumi ilmu Tanjong Malim ni.. Bermacam2 dugaan dan ujian dilalui dalam mengharungi hidup di sini.. ada terasa dengan kawan, ada teremosi dan bermacam lagi lah. x muat jika nak diceritakan..
Tahun 2012 adalah tahun terakhir sy berada di sini. tak lama lagi sy akan menamatkan pengajian dan meninggalkan bumi Tanjong Malim ini dengan 1000 kenangan yang bakal mencuit hati dan perasaan.
Sepanjang berada di sini pelbagai ragam dan kerenah manusia yang sy jumpa, ya lah kita kan manusia biasa yang tidak maksum, sudah tentu kita xleh lari dari melakukan kesilapan. jadi langkah yang terbaik ialah kita mengakui kesilapan dan cuba untuk memperbaiki kesilapan untuk masa-masa yang mendatang.
Hurmmm... lepas ni sy dah x dpt jumpa kwn2 sy lagi di sini. kerana semuanya akan membawa haluan masing-masing.. huhu... hanya kenangan bersama kalian akan tersemat di hati kecil ini. moga-moga ukhwah kita sepanjang berada di sini akan mendapat keredaan daripada Allah s.w.t.
Sy bersyukur sangat kerana telah dipertemukan dengan seorang kawan yang memahami diri ini, Alhamdulillah Allah s.w.t telah mengirimkan beliau untuk membantu diri ini menuju ke jalan yang diredhai Allah. Segala apa yang beliau berikan untuk saya akan sy jadikan panduan dan semangat untuk meneruskan kehidupan di hari mendatang.
saya pon dah ngantuk, tesis tak siap lagi. nanti entry yang berikutnya akan saya kongsikan ilmu-ilmu yang lebih bermakna untuk tatapan kalian semua. Terimalah serangkap pantun dari sy untuk semua.
Daun selasih, ubi kayu
terima kasih thank you.. hehehe
Jazakallah hu khairan kathira..
massalamah ilalliqak..
Ahad, 18 Disember 2011
Sahabat Sejati

Assalamualaikum.w.b.t.. Salam perjuangan.. Salam 1 Islam..
Lama sudah hamba tidak berkongsi sesuatu yg bermanfaat utk tatapan tuan2 sekalian.. Malam ini, hamba ada terbaca mengenai 1 tajuk yg agak menarik, iaitu mengenai SAHABAT SEJATI.. sudi2 lah membaca dan jika tuan2 rasa ianya bermakna, maka di izinkan tuan2 utk klik pd butang KONGSI.. Ilmu kalau di bahagikan akan jd selebar lautan, sebaliknya jika di simpan akan jadi sesempit kuku..
Sahabat merupakan anugerah Allah kpd kita sebagai insan yang menumpang di bumi ini buat seketika.
Kita perlu mengetahui bahawa tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
"Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda. "Seseorang itu menurut agama (jalan) kekasihnya, maka oleh sebab itu hendaklah kamu meneliti orang yang di gaulinya".
Oleh hal yang demikian sahabat yang hendak di pilih mestilah memiliki keistimewaan sifat-sifat yang baik dan di senangi utk dijadikan sahabat. Pada dasarnya sifat2 itu ialah akal yg baik, berbudi pekerti, buka termasuk golongan org yg fasik dan buka pula seorang yg sgt tamak dalam perkara-perkara dunia.
Dalam pada hamba meneruskan bacaan, hamba teringat pula 1 pesanan dari Alqamah kepada anak lelakinya.
Alqamah pernah mewasiatkan kepada anak lelakinya yang berbunyi :
"Wahai anakku ! Jikalau engkau berasa perlu utk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat2 ini, iaitu jikalau engkau melayaninya, dia suka melindungimu, jikalau engkau bersahabat dengannya, dia merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dlm keadaan kekurangan nafkah, dia mencukupi keperluan mu. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu utk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau dia melihat kebaikan dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sedang jikalau dia mengetahui keburukan dari dirimu, dia menutupinya. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia beri, jikalau engkau diam, dia menyapamu dahulu dan jikalau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia membantu dan meringankan serta menghiburmu. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata-kata, dia membenarkan ucapanmu dan selalu mempercayainya, jikalau engkau menghadapi sesuatu masalah yang berat, dia membantu mu menghadapinya, dan jikalau engkau berselisih faham dengannya, dia mengalah demi kepentingan mu."
Sekadar renungan kita bersama utk kita fikir-fikirkan, adakah kita selama ini layak menjadi sahabat kpd org lain?
Adakah kita menjadi seperti apa yang Alqamah menasihati anaknya dalam memilih sahabat?
Semoga apa yang hamba kongsikan ini dapat membuka minda kita mengenai perkara-perkara sebegini.. Semoga tuan2 semua berada dalam rahmat Allah senantiasa..
Selamat Beramal.. Syukran Kathira...
Isnin, 12 Disember 2011
Kenangan Semalam Menjadi Titik Perpecahan Hari Ini
Assalamualaikum w.b.tSemoga Kalian Semua berada dalam rahmat Allah sentiasa.
Hari-hari yang di lalui banyak mematangkan kehidupan kita sebagai manusia.
Namun hari-hari yang di lalui banyak memberi kita titis rasa kemanisan, kepahitan,
kesedihan, kegembiraan dan pelbagai lagi.
Walau apa pun yang berlaku kehidupan harus diteruskan.
berjuanglah demi sebuah kehidupan yang akan ditnggalkan.
namun hidup ini harus digunakan dengan sebaiknya supaya kita tidak merasa rugi
kerana ditakdirkan untuk menginap sementara di bumi milik Tuhan Yang Maha Kuasa ini.
sesungguhnya tiap-tiap makhluk itu dijanjikan mati baginya.
iaitu untuk kembali menghadap pencipta Yang Esa.
gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk mencari amal yang berguna supaya kita semua damai di sana, hidup bahagia di alam baqa yang kekal selama-lamanya.
ok. tazkirah sebentar. moga-moga ia bermanfaat.
kembali pada tajuk iaitu kenangan semalam menjadi titik perpecahan hari ini.
cuba bayangkan, hari ini kita berkawan, kita saling sayang menyayang. namun belum tentu esok kita akan berkawan. kerana ada mungkin silap dah salahnya yang membuat kita tidak serasi lagi bersamanya. insan bergelar kawan ini sentiasa berada di sekeliling kita.
namun pernahkah kita berfikir adakah kawan yang kita ada hari ini mampu membawa kita
menuju ke jalan yang diredhai Allah? tepuk dada, tanyalah iman.
ada kawan yang bila bersama kwn perempuannya, kita dibiarkan begitu sahaja.
ada juga kawan yang tatkala bersama kita, sanggup menghabiskan masa bersama
demi menjaga hubungan silaturahim antara sahabat.
ada juga sahabat yang pelik, kadang-kadang dengan kita dia buat susah je,
kita nak tolong dia tak mahu. kita nak bagi tenaga dengan ikhlas dia tak mahu.
kita ikhlas berkawan dengan dia, tp dia tetap anggap kta sbg kawan yang jauh, dan dia selalu menganggap pertolongan kita sebagai satu budi yang perlu di balas.
padahal kita juga sama seperti kawan-kawannya yang lain.
hummm.... kadang-kadang terasa juga dgn sikap sahabat seperti ini.
kadang-kadang rasa tak mahu berkawan dah dengan sahabat seperti ini. ye lah, asyik makan hati je dengan layanan dia. tau lah kita ni x sempurna. namun kita cuba untuk perbaiki ke arah yang lebih baik dan menuju keredhaan Allah.
ye lah kan, macam-macam perjalanan hidup yang di aturkan ini.
seharusnya redhalah yaa... kerana hidup ini sementara. tatkala ajal menjelma,
tiadalah kita buat selam-lamanya. masa tu sahabat semua dah tak berguna. kecuali bebrapa, perkara, ilmu, sedekah jariah, dan amalan, dan anak yang soleh. itulah yang dapat membantu.
kenangan semalam akan di ingati hingga hari ini, kebaikan semalam, belum tentu bertapak di hati, tapi ingat setitik kejahatan yang di buat, akan selamanya bertapak di hati dan berkelumit di bibir gebu tiap insan yang mengetahuinya. beringatlah akan hal itu. huhu..
akhir kata, selamat tinggal sahabat, jika itu dapat membuat mu bahagia.
salam sayang.. salam kerinduan.. salam perkenalan. dan salam penghayatan..
Massalamah wa ilalliqak..
Jumaat, 9 Disember 2011
Suratan kehidupan...
Assalamualaikum.w.t Smoga Allah merahmati kalian..
lama juga tidak menulis di laman ini... kadang-kadang kekangan masa
yang menjadi halangan untuk menaip di laman ini.. mencari ruang untuk berpuitis di sini. hehe..
mudah-mudahan perkongsian dan penulisan ini mampu memberi
1001 senyuman bagi yang berduka,
1001 kelapangan bagi yang berkesempitan,
&
1001 keceriaan bagi yang bermasalah,
ingat walau beribu kita bermasalah, biarlah ia hanya berada di jiwa kita
kerana itu mungkin akan membuat orang di sekeliling kita bahagia,
namun jika kita menunjukkan permasalahan kita, pasti ada orang di sekeliling kita
turut sama berduka di atas kesusahan kita.
coretan kali ini saya ingin kisarkan mengenai pepatah orang dahulu kala :
kata mereka : "terlajak perahu boleh di undur,
terlajak kata buruk padahnya".
oleh kerana lidah tidak bertulang, gusi tidak sekeras gigi.
maka kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan
&
kekhilafan terhadap sesama insan bermula dari celiknya mata, sehinggalah terpejamnya mata
tatkala malam menjelma.
tetapi sejauhmanakah kita bermuhasabah di atas apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.
setiap kekhilafan yang kita lakukan akan di catit oleh Malaikan Raqit & Atiq
yang tidak pernah lekang dari menulis setiap perbuatan kita di sepanjang hari.
kadang-kadang saya hanya mampu berkata-kata.
menasihati anda semua, menulis untuk di baca dan di nilai di sisi anda,
namun saya juga tidak lekang dari melakukan kesilapan dan kekhilafan terhadap sesama manusia.
namun sebagai manusia saya seharusnya memiliki sifat lembut yang mudah untuk menyesali
di atas segala kekhilafan dan kesilapan yang dilakukan.
hari ini saya telah menyebabkan sahabat yang saya sayangi terguris hatinya
akibat daripada sikap saya yang tidak menjaga lidah yang tidak bertulang ini.
sesungguhnya satu penyesalan timbul dalam diri saya akan perkara ini.
saya tidak dapat melentur lidah ini, kerana hakikatnya ia sememangnya lembut.
saya tidak dapat mengeraskan gusi sebagaimana gigi, kerana gusi diciptakan lembut untuk menjadi tapak kepada gigi, tanpa gusi gigi tidak lekat di tapaknya.
saya hanya mampu melembutkan lidah ini dengan
secebis ungkapan maaf yang lahir tulus dan ikhlas dari hati kecil ini.
saya cuba pastikan bahawa lidah ini tidak mengulangi lagi perbuatan yang sama
untuk masa-masa yang akan datang.
itulah orang kata, "buat berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
maafkan aku wahai sahabat. tanpa mu aku tidak mengenali diri ini siapa.
tanpa mu aku terasa dunia ini sepi.
tanpa mu aku merasakan bahawa diri ini sendiri.
namun aku bersykur kerana Allah hadirkan kamu untuk menyedarkan aku
erti sebuah kasih sayang dan erti secebis pesanan dan peringatan
agar aku terus berada di jalan Mu yang benar.
aku juga bisa belajar erti persahabatan yang sejati..
Massalamah wailallliqak.
syukran Jazilan ya akhi wa ukhti..
(jasa mu dikenang)...
Jumaat, 18 November 2011
Mencari Cahaya
tapi tetap nak menulis jugak.. hihihi...
Allah berfiman dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu & keluarga kamu dari azab neraka".
hari demi hari kita menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah ini.
dalam pada itu, adakah kita pernah terlintas d benak fikiran kita bahawa kita
tidak akan terlepas dari melakukan dosa?
sukar untuk menghuraikan persoalan ini. tepuk dada, tanyalah iman.
namun sebagai manusia biasa, yang tidak maksum, sudah pasti akan melakukan
dosa terhadap Allah s.w.t yang mencipta kita. namun jalan yang terbaik ialah bagaimana
kita mencari jalan penyelesaian untuk cuba mengelakkan daripada
kita melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa bagi kita.
hidup tanpa landasan agama yang betul, akan menjerumuskan kita
kepada lembah kemurkaan Allah s.w.t.
kadang saya jua menghitung hari yang mendatang.
merenung masa silam dan cuba membentuk masa depan yang lebih baik
dari masa silam. namun begitu, Nabi bersabda " tatkala manusia berada dalam
rahim ibunya, Allah s.w.t memerintahkan malaikat untuk melihat bayi dalam kandungan
dan menuliskan kpd bayi itu, tentang UMURNYA, AJALNYA dan KEHIDUPANNYA samada gembira atau dukacita".
ini semua adalah takdir hidup yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
namun begitu, kita boleh cuba untuk merancang dengan sebaiknya
jalan kehidupan kita.
namun begitu, kita perlu ingat juga bahawa, Allah adalah perancang segalanya.
sebagaimana firmannya dalam surah Al-Imran ayat 54 yang bermaksud
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang.”
Surah Ali Imran ayat 54. jelas menunjukkan bahwa perjalan hidup ini,
adalah ketentuan-Nya. dan rancangan kita yang gagal,
juga adalah kerana ketentuan-Nya yang Maha Mengetahui.
sekian dulu.. jumpa lagi di ENTRY2 yang akan datang. insyaAllah.
mudah-mudahan akan di beri kekuatan dan ketenangan
&
diberi taufik dan hidayanh untuk menuju ke jalan kebenaran
&
jalan yang di redhai-Nya. Aminnn...
Massalamah Wa Ilalliqak..
Khamis, 17 November 2011
Hujan Merindu.
salam 1 perjuangan, salam 1 islam.
agak lama saya tidak menulis di blog ini,
mohon berbanyak kemaafan, mungkin kekangan masa yang banyak mencuri ruang untuk saya terus menulis dalam ruangan ini untuk berkongsi ilmu yang boleh dikatakan bermanfaat kepada kita semua. bak kata pepatah "ilmu jika disimpan, akan jadi xberkembang, tp jika di sebar akan jd seluas lautan". hehe.. berfalsampah sikit... kui3,,,
saat ni hujan sedang mencurah jatuh ke bumi, memberi titis-titis kehidupan pada sang hidupan. namun dalam pada itu, ada jiwa-jiwa manusia yang mengungkit-ungkit, "ishhhh... hujan ni, kacau je lah, aku nak p dating pon tak boleh". ishh... lambatnya hujan reda, aku nak pegi jogging ni". manusia sering tidak pernah mengenal erti syukur di atas segala nikmat yang dterima dan dikurniakan kepada mereka. setelah nikmat itu hilang, baru mereka menyesal bergunung-ganang. namun semua tu sudah tidak berguna, hanya ada adalah secebis kenangan.
Allah berkata "Afala Yasykurun" kenapa kamu tidak bersyukur?? fikir2kan. renung2kan. slmt beramal.
Jumaat, 21 Januari 2011
coretan suram
Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian.
teman atau sahabat atau kawan-kawan adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan orang-orang yang rapat dengan kita selain daripada keluarga. terdapat pelbagai jenis kawan-kawan yang ada di sekitar kita. ada yang berkawan dengan kita demi mencapai sesuatu matlamatnya. ada juga yang berkawan demi mengisikekosongan hidup. ada juga yang berkawan sejati dan tiada niat serong disebaliknya. namun begitu, sangat sukar untuk menilai seorang teman jujur yang berkawan dengan diri kita.. fikir-fikirkan dan renung-renungkan/.//.Khamis, 6 Januari 2011
Titipan keinsafan

Assalamulaiakum w.t..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak solih yang mendoakan nya. (Hadis Riwayat Muslim)
Tanggal 3 Januari 2011 (isnin) sesi pengajian d seluruh IPTA/IPTS telah bermula. Saya juga tidak terkecuali. Dalam sedar tak sedar kini sya telah pun berada dalam semester yang kelima. Namun perjalanan masih jauh yang perlu saya teruskan. Perjuangan meneruskan pengajian, perjuangan dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dan banyak lagi perjuangan.
Dalam banyak-banyak perjuangan yang saya tempuhi, terdapat satu yang merunsingkan fikiran saya, iaitu ambang kematian, saat kematian yang pasti akan menjelma cuma saya tidak tahu masa dan ketika. Perjuangan dalam melawan hawa nafsu yang sentiasa menghalang saya dari melakuakn sesuatu yang baik dan di redahi Allah.
sedarkah anda bahawa Allah s.w.t berfirman dalam Al-quran, "tiap-tiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati". bersediakan anda untuk menghadapinya? bersediakah saya untuk menghadapinya? sukar untuk di gambarkan perasaan ini.
Syurga itu pasti. Neraka itu pasti. manakah satu arah tujuan kita? arah tujuan saya? Neraka kah? Syurga kah? itu semua bergantung kepada amalan-amalan kita semua. Jika baik amalan kita, maka baiklah balasan kita.
Setiap detik sentiasa berlalu. Masa sentiasa beredar, tp saya masih di takuk lama, tiada peningkatan dalam beribadah, adakah sya menunggu segala nikmat yang Allah berikan di tarik balik? masa itu barulah teringin untuk melakukan ketaatan kepada Allah, dalam erti kata lain insaf di atas segala yang berlaku. Namun sejauhmanakah kita insaf? itu bergantunglah pada diri kita. Allah itu maha mengetahui.
Semoga semester kali ini saya dan pembaca blog saya ini mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t untuk terus melakukan ibadah kepada Allah. Teruskan perjuangan dalam menentang hawa nafsu, teruskan pencarian, kerana ilmu Allah tiada batasan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Sekadar ini dulu coretan saya ada kali ini.
Jazakumullah ha khairan kathira..
Selasa, 16 November 2010
coretan di pagi aidil adha.

detik demi detik masa berlalu, setipa jam yang di rindui terus menerus meninggalkan kita semua tanapa menoleh sekali pun ke belakang. dalm sedar atau tidak kita telah menyambut hari raya aidil adha buat kali yang sberapa dah. saya pon dah lupa, sbb terlalu lama kita menyambut hari raya korban? namun adakah kita sedar erti d sebalik sebuah pengorbanan?
pengorbanan kita sebagai seorang yang beragama islam, pengorbanan kita sebagai seorang hamba Allah. pengorbanan kita sebganai seorang anak kepada ibu bapa kita. pengorbanan kita kepada masyarakat dan negara? sedarkah kita dalam sebuah pengorbanan yang kita lakukan itu terkandung hikmah-hikmah yang tertentu yang senantiasa kita tidak pernah untuk berfikir mengenainya.
apa yang ingin saya bicarakan di sini ialah, erti sebuah pengorbanan kepada Allah s.w.t. berapa banyakkah kita telah mengorbankan tidur kita di malam hari demi melakukan ibadat kepada Allah s.w.t?
berapa kalikah kita mengorbankan masa kita untuk menunaikan seolat kepada Allah sebagai tnada kesyukuran kita kepada-NYA?
kita sentiasa sudi dan sanggup dalam melakukan pengorbanan dalma hal-hal yang tikda berkaitan dengan Pencipta kita yang Maha Kuasa.
sebelum saya mengakhiri coretan saya pd pagui aidil adha ini. saya ingin mengajak semua saudara saya yang melayarai laman saya ini untuk kita sama-sama berfikir, betapa kerdilnya diri kita di sisi Allah Yang Esa : saudara ku, jika kamu menjadi seorang ketua atau majikan, adakah kamu akan membayar gaji kepada pekerja kamu yang tidak pernah kamu kenali, dan pekerja mu itu juga tidak pernah mengenal kamu? sudah pasti tidak kan? begitu juga dengan Alla s.w.t, jk kamu tidak mengenali-NYA, masakan dia akan memberi segalanya kepada kamu. tahukah kamu apa itu erti menegnal Allah? sama-sama kita mencari menuju keredhaan Allah.
salam aidul adha.
Khamis, 4 November 2010
kata-kata indah
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
KATA-KATA HIKMAH ORANG-ORANG SOLEH
A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ
Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:
1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.
d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’
e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.
3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.
4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.
5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.
6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.
7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.
B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB
1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:
– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.
3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.
4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.
5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.
Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:
1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.
2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.
3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.
D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.
Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:
1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.
3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”
4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.
5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).
6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.
7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.
8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.
9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.
11. Buta hati akan lupa zikrullah.
12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.
